SARIKEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei menjalankan khidmat khas menangkap ular di salah sebuah rumah di Jalan Drahman Keria.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.59 pagi semalam.
“Panggilan diterima dari penghuni rumah yang melaporkan melihat seekor ular di dapur.
“Bertindak atas panggilan kecemasan tersebut, seramai tiga anggota bomba diketuai PBK II Mohsen bergerak ke lokasi penemuan ular,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, tengah hari semalam.
Katanya, setibanya di lokasi, penghuni rumah menunjukkan tempat ular berada dibahagian dapur rumah.
“Anggota bomba mencari dan memeriksa seluruh bahagian dapur, namun ular gagal ditemui.
“Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.