SARIKEI: Sebanyak 12 pain darah berjaya dikumpul oleh Unit Tabung Darah Hospital Sarikei sempena Program Derma Darah, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut merupakan anjuran BBP Sarikei dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sarikei.
“Program derma darah bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang bertempat di bilik kuliah BBP Sarikei.
“Terima kasih kepada semua penderma darah yang hadir menderma darah mereka,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, penderma darah terdiri daripada anggota bomba dan orang awam.
“Saya berharap lebih ramai lagi masyarakat awam hadir ke kempen derma darah pada masa akan datang.
“Tujuan program ini adalah untuk membantu Unit Tabung Darah Hospital Sarikei bagi menyelamatkan pesakit-pesakit yang memerlukan darah,” katanya.
Oleh Earl Anek
Gambar
TERIMA KASIH… Antara penderma darah di Program Derma Darah, semalam. Foto BBP Sarikei