Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba ambil masa 11 minit tangkap ular
  • WILAYAH

Bomba ambil masa 11 minit tangkap ular

Utusan Sarawak 2 years ago

BERBISA... Ular tedung hitam ditangkap menggunakan alat penjerut ular oleh anggota bomba.

BINTANGOR: Seekor ular tedung hitam ditemui di salah sebuah rumah di Lorong 6, Jalan Buan telah ditangkap oleh pihak bomba. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan ular oleh penghuni rumah tersebut sekitar 8.05 pagi tadi. 

“Respon dengan panggilan kecemasan, ketua operasi PBK ll Hilary Pitre Ambit bersama empat anggota bomba bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati benar terdapat seekor ular tedung hitam di belakang rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita. 

Tambahnya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular. 

“Ular dapat ditangkap dalam tempoh lebih kurang 11 minit. 

“Selepas ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Saberkas Meradong anjur pelbagai program sukan sesudah Aidilfitri
Next: Jual RON95 kepada warga asing, pengusaha stesen minyak dikenakan tindakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.