Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bom air strategi padam kebakaran hutan di Sarawak – Khirudin
  • TEMPATAN

Bom air strategi padam kebakaran hutan di Sarawak – Khirudin

Utusan Sarawak 2 years ago
Sebuah helikopter Mi-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berpangkalan di Bandar Raya Miri, sudah bersedia melakukan pengeboman air terbabit.
– Pengarah JBPM Sarawak, Datuk Khirudin Drahman

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan menggunakan kaedah pengeboman air dengan helikopter bagi memadamkan kebakaran hutan di negeri itu ketika cuaca panas.

Pengarah JBPM Sarawak, Datuk Khirudin Drahman @ Hussaini berkata, sebuah helikopter Mi-17 milik jabatan itu yang berpangkalan di Bandar Raya Miri sudah bersedia melakukan pengeboman air terbabit.

“Sekarang arahan (Timbalan Premier Sarawak dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak), Datuk Amar Douglas Uggah, kesan sahaja (kebakaran hutan) terus buat tindakan (pemadaman),” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas Program Kesedaran Kebakaran Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini semalam, beliau berkata, helikopter ini telah melakukan beberapa siri simulasi dan semua aset lain JBPM juga sudah siap siaga berikutan cuaca panas ketika ini.

Tambahnya JBPM Sarawak turut dibantu Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan syarikat swasta, Naim Group untuk memantau insiden kebakaran hutan menggunakan dron terma.

– Bernama

Continue Reading

Previous: PPKS bakal mulakan pusat latihan kenderaan elektrik, hidrogen
Next: Penemuan Mayat: Polis Bintawa minta pihak hilang ahli keluarga tampil ke balai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.