Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Boeing lantik Penny Burtt sebagai presiden baharu bagi Asia Tenggara
  • BISNES

Boeing lantik Penny Burtt sebagai presiden baharu bagi Asia Tenggara

Utusan Sarawak 11 months ago
PENNY Burtt.

KUALA LUMPUR: Boeing hari ini mengumumkan Penny Burtt sebagai presiden baharu bagi bahagian perniagaan Asia Tenggara syarikat itu, berkuat kuasa 3 Julai 2024.

Syarikat aeroangkasa global itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata Burtt akan berpangkalan di Singapura dan menyelia strategi dan operasi Boeing seiring dengan pengembangannya di rantau ini.

Burtt juga akan menjadi pengarah dan pengerusi Boeing Singapore Pte Ltd dan presiden pengarah PT. Boeing Indonesia. 

Baru-baru ini Burtt mengetuai bahagian dasar awam dan hubungan kerajaan bagi rantau Asia Pasifik di Stripe, sebuah syarikat infrastruktur kewangan.

Beliau merupakan bekas diplomat Australia yang berkhidmat di Singapura, Indonesia dan Malaysia, dan merupakan ahli lembaga Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN.

Boeing juga berkata pihaknya telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan di Asia Tenggara selama lebih 75 tahun, membina keupayaan aeroangkasa dan pertahanan di rantau ini dengan pejabat di Singapura, Indonesia, Vietnam, Malaysia, Thailand dan Filipina.

“Rantau ini merupakan salah satu pasaran pesawat komersial yang paling pantas berkembang di dunia dan keperluan pertahanannya berkembang pesat,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dasar AP terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan Bumiputera
Next: Proton capai pengeluaran lima juta unit kenderaan dalam tempoh 41 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.