Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BKSS 4.0 kurangkan kesan Covid-19
  • TEMPATAN

BKSS 4.0 kurangkan kesan Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari menunjukkan kertas kenyataan Bantuan Khas Sarawakku Sayang kepada para wartawan semasa sesi sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia,Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

Dengan potongan 50 peratus untuk skim sewa rumah HDC  yang merangkumi tempoh tiga bulan dari Oktober hingga Disember ini, Abang Johari  mengatakan bahawa bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 pembeli rumah yang menyewa rumah HDC di seluruh  negeri.

“Kerajaan Sarawak juga memutuskan untuk menghulurkan bantuan kepada pemandu e-hailing dan tenaga pengajar memandu.

 “Pada Julai lalu, Kerajaan Sarawak menghulurkan bantuan kepada pemain yang relevan di sektor pengangkutan yang terjejas teruk oleh wabak Covid-19 seperti pemandu teksi, pengendali bas sekolah dan van, pengusaha van berlesen dan penambang di negeri ini.

 “Sekarang, tanpa meninggalkan pemandu e-hailing, Kabinet telah memutuskan untuk memberikan bantuan serupa kepada 2,396 pemandu e-hailing dan 791 tenaga pengajar memandu di negeri ini. Bantuan sekali bayar RM500 akan menelan belanja sebanyak RM1.59 juta,” tambahnya lagi.

Langkah kelima ialah potongan 50 peratus untuk penyewaan pasar dan gerai yang merangkumi jangka masa tiga bulan hingga Disembee yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang menyewa pasar dan gerai terutamanya yang berada di bawah bidang kuasa majlis tempatan dan  menelan belanja sebanyak RM0.8 juta.

“Sementalahan itu,  kerajaan juga  akan terus memberikan pengecualian permit dan fi lesen kepada  peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan operasi tamu.

“Langkah ini akan meringankan beban rakyat dan menelan belanja Kerajaan Sarawak sebanyak RM4.12 juta,” katanya.

“Langkah terakhir ialah memanjangkan pengecualian bagi penyewaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederahan (PKS)  dalam sektor runcit yang beroperasi di premis yang dimiliki oleh GLC Negeri dan badan berkanun seperti SEDC, Land Custody Development Authority (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk jangka masa tiga bulan hingga Disember depan.

“Selama enam bulan terakhir, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)  telah menerima maklum balas positif dari rakyat dan barisan hadapan yang telah mendapat banyak manfaat daripada bantuan BKSS.

 “Saya sangat berharap lanjutan BKSS ini hingga akhir tahun akan memberikan bantuan yang sangat diperlukan bagi rakyat kita yang terjejas teruk oleh wabak ini,” katanya.

Continue Reading

Previous: TUJUH LAGI LANGKAH TAMBAHAN BKSS
Next: Zon Maritim pertama terima pensijilan EKSA Cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.