Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bincang potensi kerjasama dalam inisiatif tenaga hijau
  • TEMPATAN

Bincang potensi kerjasama dalam inisiatif tenaga hijau

Utusan Sarawak 2 months ago
KUNJUNGAN HORMAT… Datuk Dr. Hazland Abang Hipni bergambar bersama H.E Chantal Moser, Abdul Adzim Rahman, Penny Sumok; Duta Besar Switzerland, Robert Hardin dan Ismail Said.

KUCHING: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Switzerland ke Malaysia, H.E. Chantal Moser bagi membincangkan potensi kerjasama dalam inisiatif tenaga hijau.

Dalam pertemuan tersebut, H.E. Chantal Moser menyatakan minat Switzerland terhadap usaha Sarawak dalam membangunkan tenaga hijau serta mengiktiraf komitmen negeri itu terhadap pembangunan lestari melalui penyelesaian inovatif.

Menurut Datuk Dr. Hazland, Sarawak telah menetapkan rangka kerja strategik bagi memajukan penyelesaian tenaga lestari.

Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik dan kepimpinan negeri di bawah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menjadi faktor utama dalam menjayakan projek transformasi ini.

“Kepimpinan dan kestabilan politik kita memainkan peranan penting dalam merealisasikan projek ini.

“Sarawak komited terhadap tenaga boleh diperbaharui, dan kami percaya bahawa perkongsian dengan Switzerland dapat mempercepatkan inisiatif hijau serta menyumbang kepada agenda kelestarian global,” katanya.

Perbincangan turut menumpukan kepada usaha memperkukuh inisiatif tenaga hijau Sarawak melalui perkongsian strategik, khususnya dalam sektor bio-alga dan hidrogen, yang berpotensi besar dalam mengurangkan pelepasan karbon serta mempercepatkan peralihan tenaga negeri.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy, Robert Hardin, wakil daripada agensi di bawah Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty), Timbalan Pengawal Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Madam Penny Sumok, Naib Presiden Kanan Perhubungan Korporat PETROS, Ismail Said, serta Abdul Adzim Rahman, Eksekutif Kanan Strategi dan Pembangunan Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB).

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Komited bangunkan masyarakat melalui komunikasi partisipatif
Next: Jambatan Batang Rajang dibuka sepenuhnya kepada orang ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.