Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bina pusat kanser di Sibu, untuk kawasan tengah/utara Sarawak
  • WILAYAH

Bina pusat kanser di Sibu, untuk kawasan tengah/utara Sarawak

Utusan Sarawak 4 months ago

UNTUK ALBUM...tetamu kehormat merakam kenangan bersama kakitangan RMC yang menerima anugerah perkhidmatan paling lama pada majlis makan malam Ulang Tahun ke-22 Pusat Perubatan Rejang (RMC) di Sibu, malam tadi. 

SIBU: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee mencadangkan agar pusat kanser yang telah lama dinantikan di negeri ini dibina di Sibu kerana kedudukannya strategik di tengah-tengah Sarawak.

Beliau berkata lokasi itu akan memudahkan pesakit kanser dari kawasan utara dan tengah Sarawak mendapatkan rawatan tanpa perlu menanggung kos perjalanan yang tinggi ke kawasan lain seperti Kuching.

“Pesakit kanser memerlukan rawatan susulan secara berkala, bukan sekali sahaja. Jika pusat kanser dibina di Sibu, ia akan memudahkan pesakit untuk berulang-alik,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam Ulang Tahun ke-22 Pusat Perubatan Rejang (RMC) di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Dr Annuar menegaskan ia adalah pandangan peribadinya dan tidak berniat untuk menolak pembinaan pusat kanser di Kuching.

Dalam ucapan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut menggesa kerajaan untuk bekerjasama dengan sektor hospital swasta dalam memperkukuh sistem kesihatan negeri.

“Adalah mencabar bagi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mencukupi tanpa bantuan sektor swasta. 

“Perkongsian ini bukan sahaja memperluaskan liputan perkhidmatan tetapi juga meningkatkan kemudahan dan peralatan kesihatan demi manfaat rakyat,” katanya.

Beliau percaya pendekatan tersebut mampu mewujudkan sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih mampan dan menyeluruh bagi penduduk Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Dr Annuar turut memuji usaha RMC dalam menubuhkan unit kardiologi baharu, yang menurutnya akan memperkukuh perkhidmatan perubatan di kawasan itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Senator Robert Lau; Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun; Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu; Pengerusi Lembaga Pengurusan RMC Dr Lau Ngi Chuang, Pengarah Perubatan RMC Dr Tang Sai Hang dan Pengurus Besar RMC Anne Lau.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa di PPS Saratok kekal
Next: Keadaan banjir pulih tetapi beberapa bilik rosak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.