

BETONG: Tiga penghuni yang mendiami sebuah rumah pekerja kedai makan di tingkat satu bangunan kedai berhadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Bua Betong terselamat dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sekitar 1.48 pagi.
Enam anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 1, Jusmandie Jamaie telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan itu.
“Kebakaran melibatkan bilik dapur dari rumah pekerja kedai makan di tingkat satu bangunan kedai itu telah terbakar 20 peratus.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.54 pagi.
Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan .
OLEH ADI SAFARMAN