Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Biden hadir upacara angkat sumpah presiden baharu AS tanpa mengira pemenang
  • GLOBAL

Biden hadir upacara angkat sumpah presiden baharu AS tanpa mengira pemenang

Utusan Sarawak 7 months ago
JOE Biden

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal melepaskan jawatan Joe Biden akan hadir upacara angkat sumpah presiden baharu negara itu, walaupun keputusan pilihan raya presiden minggu depan tidak memihak kepadanya, menurut Rumah Putih.

“Presiden percaya pada peralihan kuasa secara aman dan itulah yang anda akan lihat beliau lakukan,” kata jurucakap Karine Jean-Pierre pada taklimat akhbar, lapor Agensi Anadolu.

Upacara angkat sumpah dijadual berlangsung pada Januari tahun depan.

“Ini bukan tentang beliau; ia mengenai rakyat Amerika. Itulah yang mereka perlu lihat, tidak kira siapa yang menang,” tambahnya.

“Dan itu sebahagian daripadanya – menghadiri upacara angkat sumpah, hadir sebagai sebahagian daripada proses bersejarah yang sentiasa dijunjung. Beliau pasti akan mengambil bahagian dalam acara itu,” kata Jean-Pierre.

Bekas Presiden Donald Trump tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah presiden pada Januari 2021, melanggar tradisi yang telah lama wujud. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa China
Next: Bandar berusia 4,000 tahun ditemui tersembunyi di oasis Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.