SIBU: Seorang gadis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 22 September ini.
Bibi Bhalkis M.A. Zainul Abidin, 29, berkata, dia tidak lagi bertemu bapanya.
“Saya dimaklumkan ayah kandung saya, M.A. Zainul Abidin Abdul Kader telah keluar negara pada 16 Mac 2023 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Sehingga kini saya tidak dapat menghubungi ayah kandung malah tidak tahu keberadaan beliau,” katanya yang kini tinggal di Kampung Judan, Mukah.
Beliau berharap mereka yang ada maklumat mengenai ayahnya boleh tampil dan hubungi beliau di talian 014-8135769.
“Jika ayah saya masih ada saya mohon agar dia dapat bertemu dengan saya seterusnya menjadi wali ketika pernikahan saya,” katanya.
Oleh AKUN GIMAN