Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Biawak ceroboh rumah ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Biawak ceroboh rumah ditangkap

Utusan Sarawak 2 months ago
DITANGKAP… Anak biawak (dalam bulatan) berjaya ditangkap oleh anggota bomba. Foto BBP Bintangor

 

BINTANGOR: Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor berjaya menangkap seekor anak biawak yang ditemui menceroboh sebuah rumah di Lorong 1, Taman Bintang di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran reptilia tersebut pada 3.11 petang.

“Sebaik menerima maklumat, ketua operasi Haron Jenai bersama tiga anggota bomba bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seekor anak biawak berada di dalam ruang rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, pasukan bomba menjalankan operasi menangkap anak biawak menggunakan penjerut. 

“Khidmat khas ini mengambil masa kira-kira lima minit sebelum berjaya menangkap reptilia tersebut. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada 3.23 petang dan anak biawak telah dilepaskan semula ke habitat asal yang lebih selamat,” katanya. 

Mahmudin turut menasihatkan orang ramai supaya menghubungi pihak bomba sekiranya berdepan situasi melibatkan haiwan berbahaya bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: AGM Gerempung Raban Pakan diadakan 29 Mac ini
Next: Bomba pantau empat kawasan rendah berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.