Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bertengkar angkara ‘rem’ kereta
  • JENAYAH

Bertengkar angkara ‘rem’ kereta

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA PADAH… Sekumpulan individu yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di Jalan Rubber, Satok malam tadi diberkas oleh pihak polis.

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menahan lima lelaki tempatan lingkungan usia 18 hingga 35 tahun berhubung video berdurasi 53 saat yang tular memaparkan pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Jalan Rubber, Satok malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan tangkapan itu sekitar 1.40 petang, hari ini.

Beliau menyatakan bahawa pertelingkahan berkenaan terectus disebabkan bunyi enjin dan ekzos kenderaan yang kuat dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan sebarang isu perkauman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Orang ramai diminta supaya tidak membuat spekulasi dan berkongsi video berkenaan yang boleh mencetuskan kegusaran dalam masyarakat.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau pegawai penyiasat Inspektor Ridzainuddin Rosley Abdullah di talian 010-943-1449.

OLEH CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Keluarkan 15 keping saman, cegah kegiatan lumba haram    
Next: RM371,199 lesap, ‘gelap mata’ untung lumayan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.