Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bertarung nyawa selamatkan kucing, hamster
  • TEMPATAN

Bertarung nyawa selamatkan kucing, hamster

Utusan Sarawak 3 months ago
HILANG TEMPAT BERTEDUH… Seorang penduduk mencari sisa-sisa kebakaran yang masih boleh digunakan semula selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka, Likas kelmarin. -FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU: Seorang penduduk sempat menyelamatkan beberapa kucing dan hamster dalam kebakaran di Kampung Cempaka, Likas kelmarin.

Alnori Asaat, 27, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, ketika kejadian awal pagi itu, beliau membawa keluar enam hamster dan lima kucing peliharaan penduduk daripada api yang sedang marak.

“Saya sempat selamatkan enam ekor hamster, lima ekor kucing termasuk seekor kucing saya yang ada saya bawa di sini (pusat pemindahan sementara),” katanya di Dewan Serbaguna Likas, hari ini.

Suri rumah Norpidah Junaidi, 26, bagaimanapun bersedih kerana tidak dapat menyelamatkan kucing peliharaan kesayangannya.

Katanya, ketika kejadian dia terjaga susulan azan Subuh dan terdengar bunyi bising sebelum keluar rumah dan melihat api sudah merebak memusnahkan rumah jiran yang selang sebuah sahaja daripada kediamannya.

“Kami tidak ingat sudah pasal kucing sebab panik, ingat anak-anak saja, keluar dari rumah, tong gas ada lima biji pun meletup,” jelasnya yang tinggal bersama 14 ahli keluarganya dalam rumah itu.

Dayang Nuraini Burhan, 33, pula menjelaskan dia hanya mampu membawa dokumen diri dan keluar rumah sehelai sepinggang kerana kejadian berlaku sangat cepat.

Menurutnya, penduduk di situ berharap mereka dibenarkan untuk mendirikan semula rumah di tapak kebakaran itu kerana kekangan kewangan sekiranya terpaksa menyewa selain jauh dari sekolah.

Dalam kejadian awal pagi itu, seramai 511 orang daripada 91 keluarga hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka.

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa kebakaran iaitu PPS Likas yang menempatkan 34 Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan 200 penduduk manakala PPS Damai, Luyang seramai 57 KIR dan 311 penduduk.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan lawatan dan memberi sumbangan kepada mangsa.

– BERNAMA

MOHON PERLINDUNGAN… Mangsa-mangsa kebakaran perumahan setinggan Kampung Cempaka mendaftar nama di Dewan Kampung Likas bagi memudahkan urusan bantuan daripada pihak berwajib. -FOTO BERNAMA
Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Papar nombor kecemasan di Bazar Ramadan
Next: Atasi segera kenaikan insurans perubatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.