Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Berpuas hati pelaksanaan RTP walaupun hadapi kelewatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Berpuas hati pelaksanaan RTP walaupun hadapi kelewatan

Utusan Sarawak 1 day ago
LAWATAN…Friday Belik bersama kontraktor dan agensi pelaksana telah melakukan lawatan tapak projek lampu solar di Rumah Daniel, Kawit Bunsi dan Rumah Brangin Kamidan Asal hari ini. Foto ADUN Krian

KRIAN: Walaupun pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian mengalami sedikit kelewatan, namun tetap berpuas hati dengan perkembangan beberapa projek yang dilaksanakan terkini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata beliau tetap berpuas hati dengan kualiti kerja oleh pihak kontraktor yang dilantik walaupun ada sedikit kelewatan dalam menyiapkan projek tersebut.

“Kita tidak menafikan terdapat kelewatan disebabkan beberapa faktor masalah yang dihadapi, namun saya percaya semua agensi pelaksana serta kontraktor yang terlibat sedang bertungkus lumus menyiapkan projek yang terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Friday bersama kontraktor dan agensi pelaksana telah melakukan lawatan tapak projek lampu solar di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di Rumah Daniel, Kawit Bunsi dan Rumah Brangin Kamidan Asal dekat sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa untuk memastikan setiap projek dibiayai kerajaan Sarawak itu dilaksana dengan sempurna dan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kita mahu setiap projek rakyat yang dibiayai Kerajaan Sarawak dapat disiapkan mengikut jadual sekaligus memberi manfaat kepada rakyat. Ketika ini kesemua kerja-kerja pembinaan projek RTP di kawasan DUN Krian ini berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan agensi pelaksana,” jelasnya.

Sehubungan itu Friday menegaskan semua kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan RTP diingatkan agar lebih bertanggung jawab, selain sentiasa mematuhi spesifikasi dan prosedur ditetapkan kerajaan Sarawak.
Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ketua Kampung Banting serah sumbangan kepada mangsa rumah runtuh
Next: Jalan pertanian Kampung Pagan dinaik taraf sejak 2022

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.