Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beri peluang generasi muda bertanding
  • TEMPATAN

Beri peluang generasi muda bertanding

Utusan Sarawak 3 years ago

Datuk Amar Douglas Uggah ketika ditemui pemberita selepas merasmikanPersidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Borneo (BOSH) ke-7 di sebuah hotel di sini hari ini berkata, calon dalam kalangan generasi muda perlu diberi peluang untuk bertanding dalam pilihan raya bagi membolehkan mereka melibatkan diri dalam bidang politik kerana politik tidak mudah seperti disangka.

AZREEN KERIA

KUCHING: Calon dalam kalangan generasi muda perlu diberi peluang untuk bertanding dalam pilihan raya.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini bagi membolehkan mereka melibatkan diri dalam bidang politik kerana politik tidak mudah seperti disangka.

Malah katanya, sudah menjadi budaya dalam PBB untuk memberi laluan kepada muka baharu dalam setiap pilihan raya.

Timbalan Premier Sarawak itu mengulas mengenai tindakan penyandang kerusi Parlimen Santubong, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mahu mengundur diri setelah 32 tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

“Ia satu tindakan mulia, sangat terpuji dan ia juga sudah menjadi budaya dalam parti PBB untuk memberi laluan kepada muka baharu atau calon muda bagi meneruskan perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikanPersidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Borneo (BOSH) ke-7 di sebuah hotel di sini hari ini.

Semalam, laporan media menyebut bahawa Wan Junaidi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mahu mengundur diri dan mencadangkan Setiausaha Politiknya, Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie sebagai penggantinya bagi kerusi Parlimen Santubong.

Baru-baru ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan hasrat Wan Junaidi mahu berundur tetapi masih belum membuat keputusan muktamad sama ada menerima atau menolak hasrat itu.

Continue Reading

Previous: RM67 juta untuk naik taraf Jalan Baru Matang
Next: Subvarian Omicron XBB, kembali pakai pelitup muka secara sukarela

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.