Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Berhenti tuduh-menuduh
  • SEMASA

Berhenti tuduh-menuduh

Utusan Sarawak 5 years ago

ALEXANDRA LORNA

KUCHING: Rakyat Sarawak diingatkan supaya tidak membuat tuduhan melulu terutamanya berkenaan kes Covid-19 yang merebak di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah berkata wabak Covid-19 ini tidak memilih bangsa atau agama untuk ia menjangkiti seseorang.

“Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai kluster Itali yang telah menyebabkan ramai yang meninggal dalam satu keluarga, ada tuduh menuduh dan sebagainya telah berlaku.

“Ingin saya katakan di sini,wabak ini tidak memilih bangsa atau agama. Apa yang berlaku adalah satu perkara yang tidak diingini, semua tidak mahu wabak ini menjangkiti mereka.

“Oleh itu, tidak perlu untuk kita war-warkan  penyakit itu merebak oleh bangsa itu, bangsa ini dan menyebabkan perasaan yang tidak diingini,” katanya pada sidang media Covid-19 di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Beliau menambah sesiapa yang tahu mereka dijangkiti penyakit ini, mereka pasti tidak akan turun ke pejabat untuk bekerja.

“Sama juga seperti Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil, kalau beliau tahu beliau positif, beliau tidak akan ke mesyuarat sebelum ini,” ujarnya.

Justeru, Karim berharap rakyat Sarawak tidak akan membuat tuduhan melulu.

“Mereka yang mendapat wabak ini, dan menjangkiti orang lain, mereka pun berada dalam tekanan sekarang ini.

“Harap semua bersabar dan tidak menuduh antara satu sama lain,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: 76 lokasi di Kuching diisytiharkan Zon Merah Covid-19
Next: Tabung Covid-19 terima RM22 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.