Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Berang enggan diceraikan, wanita 24 tahun amuk serang suami, ugut bunuh anak
  • JENAYAH

Berang enggan diceraikan, wanita 24 tahun amuk serang suami, ugut bunuh anak

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEORANG wanita berusia 24 tahun ditahan pihak polis susulan insiden serangan terhadap suaminya dalam satu kejadian di Kampung Kabong, semalam. Foto IPD Saratok

KABONG: Seorang suri rumah ditahan polis selepas disyaki menyerang suaminya menggunakan sebilah gunting serta mengugut untuk membunuh mangsa dan anak mereka dalam kejadian di Kampung Kabong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek wanita tempatan berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di Kabong susulan laporan polis yang dibuat oleh suaminya, seorang buruh sawit berusia 28 tahun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham rumah tangga apabila suspek didakwa berulang kali mendesak suaminya menceraikannya, namun mangsa enggan berbuat demikian dan memaklumkan bahawa urusan perceraian perlu melalui proses mahkamah.

“Suspek dipercayai bertindak agresif dengan merosakkan barangan di rumah sebelum mengambil sebilah gunting pakaian dan meluru ke arah mangsa untuk menyerangnya.

“Mangsa berjaya mengelak, namun mengalami kecederaan calar di bahagian tepi pinggang kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebelum kejadian itu, suspek turut didakwa menghantar ugutan menerusi aplikasi WhatsApp untuk membunuh suami dan anak mereka sekiranya permintaan untuk bercerai tidak dipenuhi.

DSP Mathew berkata, mangsa menerima rawatan di Klinik Kabong dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan terdapat empat kesan calar pada bahagian kiri pinggang tanpa pendarahan aktif.

Beliau berkata, polis turut merampas sebilah gunting berukuran 18 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut, manakala ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. 

Suspek telah ditahan dan kes kini selesai dari aspek tangkapan sementara siasatan lanjut diteruskan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 86 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sebuyau, Simunjan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.