Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bentuk pasukan lebih awal
  • SUKAN

Bentuk pasukan lebih awal

Utusan Sarawak 5 years ago
PERANCANGAN AWAL…Firdaus Morshidi.

PENOLONG Jurulatih Skuad Piala Presiden Kuching FA, Firdaus Morshidi memberitahu, pihaknya akan melaksanakan pembentukan pasukan lebih awal untuk menghadapi saingan Piala Presiden 2021.

Menurut Firdaus, perancangan untuk menghimpunkan pemain akan bermula penghujung November nanti.

“Kita akan memanggil pemain yang berada dalam skuad musim ini penghujung bulan November kelak bagi memulakan sesi latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Presiden 2021,” ujar Firdaus.

Beliau percaya, tiada masalah untuk menghimpun kembali pemain sedia ada bagi tujuan tersebut.

Dalam pada itu, Firdaus menegaskan, tiga pemainnya memperkuatkan skuad Sukma Sarawak selain empat orang lagi bersama skuad senior ‘Kuching FA’.

“Ketika ini semua mereka menjalani latihan dibawah kendalian jurulatih maisng-masing,” jelas beliau lagi.

Skuad Piala Presiden Kuching FA selepas saingan dibatalkan ekoran penularan virus Covid-19 berada dikedudukan kedua Kumpulan B (Zon Selatan) menggumpul 9 mata hasil tiga kemenangan berbanding satu kekalahan dari empat perlawanan.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Felda United buru kedudukan 4 terbaik Liga Super
Next: 50 belia sertai ‘Sunday MTB Ride’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.