Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Benteng Bayern mampu sekat Navas, Mbappe
  • SUKAN

Benteng Bayern mampu sekat Navas, Mbappe

Utusan Sarawak 5 years ago

Bayern Munich's German coach Hans-Dieter Flick (C) attends a training session at the Luz stadium in Lisbon on August 22, 2020 on the eve of the UEFA Champions League final football match between Paris Saint-Germain and Bayern Munich. (Photo by Miguel A. Lopes / POOL / AFP)

SESI LATIHAN… Jurulatih Bayern Munich, Hans-Dieter Flick ketika sesi latihan di stadium Luz di Lisbon pada Sabtu (22 Ogos) malam terakhir sebelum aksi final Liga Juara-Juara menentang Paris saint Germain. • Foto AFP

JURULATIH Bayern Munich, Hansi Flick percaya barisan pemain pertahannya mampu menghalang kemaraan tonggak Paris Saint Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe pada final Liga Juara-Juara Ahad.

“Dalam permainan kami selama 10 bulan terakhir, kami selalu berusaha untuk memaksakan gaya kami kepada lawan,” kata Flick pada Sabtu dengan Bayern yang mengejar treble dengan 20 kemenangan dicatatkan sebelum ini.

“Kami selalu bermain dengan barisan kukuh dan akhirnya kami keputusan yang memberansangkan.

“Kami tidak mahu memberi terlalu banyak ruang kepada lawan.

“Yang penting ialah kita dapat menekan lawan ketika kita menguasai dan memastikan kita menutup peluang mereka,” tambahnya, jika penyerang PSG cuba untuk mebolosi benteng Bayern

Bayern mara ke final  di Lisbon dengan menjaringkan 42 gol dalam 10 perlawanan Eropah.

Namun, mereka hampir tewas pada awal separuh akhir pada Rabu ketika menentang Lyon kerana pasukan Ligue 1 Perancis itu memiliki banyak ruang  dan peluang untuk menyerang di belakang empat pemain pertahan Bayern.

Joshua Kimmich diarahkan untuk beralih dari posisi tengah ke bek kanan, berpotensi ditugaskan untuk menjaga Neymar dan Mbappe agar menjauhi  gawang Bayern.

“Kami tidak tahu kesebelasan utama, tapi saya rasa saya akan bermain bek kanan,” kata Kimmich, yang bermain di posisi tengah dalam kemenangan 3-0 menentang Lyon.

“Mungkin Neymar dan Mbappe di sebelah kanan – mereka sangat bagus untuk mara, tetapi saya tidak fikir kita akan duduk diam.”

Jerome Boateng, salah seorang daripada daripada empat yang  masih bersama Bayern ketika memenangi final Liga Juara-Juara 2013, dibelengu kecederaan ketika menentang Lyon.

“Saya harap Jerome akan cergas. Selepas latihan, kami akan membahaskan bagaimana untuk maju,” kata Flick.

Dia mengisyaratkan perubahan pada kesebelasan utama selepas pengganti Philippe Coutinho dan Kingsley Coman terkesan menentang Lyon.

“Ketika mereka turun dari bangku simpanan, Kingsley dan Philippe menunjukkan mereka dapat memperkuat tim,” kata Flick.

“Ini permainan ketiga kami berturut-turut sehingga kami perlu melihat tahap kecergasan pemain.”

Setelah memenangi Bundesliga dan menjulang Piala Jerman, Bayern mengejar treble pada musim pertama Flick.

Bayern menggegarkan bola sepak Eropah dengan membelasah kelab gergasi Sepanyol, Barcelona 8-2 di suku yakin mampu mencipta satu lagi kemenangan pada final Liga Juara-Juara.

“Sekiranya kita dapat menghasilkan prestasi terbaik, jika kita semua 100 peratus, kita akan dapat menang,” tambah Flick.-AFP

Continue Reading

Previous: Andrea Petkovic tarik diri
Next: Jurulatih jaguh pecut negara akan dibincang – MSN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.