Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bengkel sulaman manik dan labuci perkasa wanita Kenyah, lestarikan warisan kraf Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Bengkel sulaman manik dan labuci perkasa wanita Kenyah, lestarikan warisan kraf Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
SERAMAI 25 peserta wanita daripada komuniti Kenyah Seping menyertai Bengkel Sulaman Manik dan Labuci di Uma Seping Long Bala, Belaga pada 27 hingga 28 Jun lalu. Foto Azarias Anyek

BELAGA: Usaha memelihara warisan seni tradisional masyarakat Orang Ulu terus diperkukuhkan menerusi penganjuran Bengkel Sulaman Manik dan Labuci yang berlangsung selama dua hari di Uma Seping Long Bala, Belaga pada 27 hingga 28 Jun lalu.

Program anjuran Victoria’s Enterprise itu mendapat sokongan penuh daripada Majlis Kraf Sarawak (SCC) dan disertai seramai 25 wanita daripada komuniti Kenyah Seping yang berminat mendalami kemahiran sulaman manik dan labuci sebagai satu seni warisan yang mempunyai nilai budaya tinggi.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh jurulatih bertauliah, Mujan Nyeigok, yang dilantik khas di bawah SCC untuk membimbing peserta mempelajari teknik asas dan lanjutan dalam penghasilan corak sulaman tradisional menggunakan manik dan labuci.

Menurut penganjur, objektif utama program adalah untuk memelihara dan memulihara seni serta budaya masyarakat Orang Ulu Sarawak agar terus relevan dan tidak pupus ditelan arus pembangunan serta perubahan zaman.

SUASANA sekitar Bengkel Sulaman Manik dan Labuci. Foto Loretta Livan

“Warisan seni sulaman manik dan labuci merupakan identiti penting masyarakat Orang Ulu. Oleh itu, usaha memindahkan ilmu kepada generasi muda perlu diteruskan supaya kemahiran ini dapat diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya,” katanya.

Tambahnya, selain aspek pemeliharaan budaya, program tersebut turut memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi komuniti menerusi keusahawanan berasaskan kraf tangan.

“Bengkel seumpama itu mampu menjadi platform permulaan kepada peserta untuk menjana pendapatan sampingan atau membangunkan perusahaan kecil berasaskan produk warisan tempatan,” katanya.

Peserta yang terdiri daripada golongan ibu dan belia dilihat mempunyai potensi besar untuk mengembangkan kemahiran yang dipelajari kepada penghasilan produk komersial yang bernilai tinggi.

Hasil kraf tangan berasaskan sulaman manik dan labuci bukan sahaja mendapat permintaan dalam pasaran tempatan, malah turut berpotensi menembusi pasaran antarabangsa.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan kepada pelbagai teknik sulaman yang sering digunakan dalam penghasilan pakaian tradisional, aksesori serta produk kraftangan masyarakat Orang Ulu. Mereka turut diberikan peluang untuk menghasilkan karya masing-masing sebagai latihan praktikal.

Menurut penganjur, objektif utama program adalah untuk memelihara dan memulihara seni serta budaya masyarakat Orang Ulu Sarawak agar terus relevan dan tidak pupus ditelan arus pembangunan serta perubahan zaman.

MUJAN Nyeigok sedang berkongsi teknik membuat sulaman manik dan labuci kepada para peserta semasa bengkel di Uma Seping, Long Bala, Belaga. Foto Loretta Livan

“Warisan seni sulaman manik dan labuci merupakan identiti penting masyarakat Orang Ulu. Oleh itu, usaha memindahkan ilmu kepada generasi muda perlu diteruskan supaya kemahiran ini dapat diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya,” katanya.

Selain aspek pemeliharaan budaya, program tersebut turut memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi komuniti menerusi keusahawanan berasaskan kraf tangan.

Peserta yang terdiri daripada golongan ibu dan belia dilihat mempunyai potensi besar untuk mengembangkan kemahiran yang dipelajari kepada penghasilan produk komersial yang bernilai tinggi.

Hasil kraf tangan berasaskan sulaman manik dan labuci bukan sahaja mendapat permintaan dalam pasaran tempatan, malah turut berpotensi menembusi pasaran antarabangsa.

Pada masa sama, program berkenaan turut mengeratkan hubungan sesama komuniti melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kreativiti dalam kalangan peserta.

Usaha berterusan seperti ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pengusaha kraf tempatan yang bukan sahaja mahir dalam bidang seni tradisional, malah mampu menjadikan warisan budaya sebagai sumber ekonomi yang mampan untuk komuniti setempat.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibu OKU selepas amputasi bergantung pada anak 10 tahun urus kehidupan harian
Next: Program kesedaran Bas Pintar dedah pelajar pengalaman sebenar guna pengangkutan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.