Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bengkel khas BDDA bersama agensi pelaksana 26 Mac ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Bengkel khas BDDA bersama agensi pelaksana 26 Mac ini

Utusan Sarawak 2 months ago
PERBINCANGAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa mengadakan sesi perbincangan permurnian projek BDDA bagi kawasan DUN Bukit Saban. Foto ADUN Bukit Saban

SPAOH: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan mengadakan satu bengkel khas bersama dengan agensi pelaksana di Bahagian Betong pada 26 Mac ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bengkel khas terbabit bagi memperhalusi setiap kelemahan yang ada dalam perlaksanaan projek yang dijalankan di bawah BDDA.

Katanya, ia bertujuan untuk memuktamadkan cadangan peruntukan bagi sesuatu projek sebelum dimajukan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU).

Tambahnya, ia juga amat penting dalam memastikan kesemua projek yang dirancang di bawah BDDA dapat disiapkan mengikut tahun semasa ia dicadangkan.

“Kita akan mengadakan satu bengkel khas pada 26 Mac ini bersama dengan agensi pelaksana Bahagian Betong untuk memperhalusi setiap kelemahan yang ada dalam setiap pelaksanaan projek BDDA sebelum ini.

“Dalam masa sama, ia juga adalah untuk kita memuktamadkan mengenai setiap peruntukan bagi sesuatu projek BDDA sebelum dimajukan kepada pihak EPU,” katanya semasa mengadakan sesi perbincangan permurnian projek BDDA bagi kawasan DUN Bukit Saban di sini petang semalam.

Turut hadir, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai, Setiausaha Majlis Daerah Betong, Lister Clement Guwie, Pegawai Tadbir Khas BDDA, Abang Mohamed Abang Turkey dan Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, Jason Ng.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Uggah: Pembinaan Jalan Ulu Paku bernilai RM247.4 juta dahului jadual asal
Next: Naik taraf Jalan Ling Kai Ching dimulakan selepas banjir pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.