Bengkel di Jalan Sungai Tapang musnah terbakar

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Sebuah bengkel di Lorong 4, Jalan Sungai Tapang musnah dalam kebakaran, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk sekitar.  

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran tersebut pada 11.02 malam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang serta BBP Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.  

Menurut Komander Operasi, PBK II Abdul Hakim Supian, pasukan bomba bertindak pantas menjalankan operasi pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian bagi mengelakkan api merebak ke premis-premis berdekatan.

Sementara itu, tiada mangsa dilaporkan terjejas dalam insiden tersebut manakala operasi pemadaman berjaya dikawal tanpa berlakunya sebarang insiden tidak diingini.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Amanda L.

Empat rumah terbakar di Uma Badeng

BELAGA: Empat rumah kayu di Uma Badeng, Sungai Asap, terbakar dalam kejadian pagi ini. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba

Gakpo tarik diri daripada skuad Belanda

LONDON, United Kingdom: Cody Gakpo menarik diri daripada skuad Belanda akibat kecederaan buku lali, sekali gus menambah masalah kecederaan yang