Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Benfica ucap selamat tinggal kepada Mourinho, kepulangan ke Real Madrid semakin hampir
  • SUKAN

Benfica ucap selamat tinggal kepada Mourinho, kepulangan ke Real Madrid semakin hampir

Utusan Sarawak 14 hours ago
JOSE Mourinho meninggalkan Benfica bagi melengkapkan kepulangan yang dijangka penuh dramatik ke Real Madrid. Foto AFP

LISBON: Benfica pada Selasa berpisah dengan jurulatihnya, Jose Mourinho, yang semakin hampir kembali ke Real Madrid, sambil mengumumkan pelantikan pengendali Fulham, Marco Silva, sebagai penggantinya.

Kelab dari Lisbon itu memaklumkan bahawa Real Madrid telah “memformalkan hasrat untuk mendapatkan Mourinho dengan bayaran 15 juta euro (AS$17.25 juta)” menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada pihak berkuasa pengawal selia pasaran kewangan Portugal.

Jumlah tersebut bersamaan dengan klausa pelepasan yang terkandung dalam kontrak Mourinho.

Benfica kemudiannya mengumumkan telah mencapai persetujuan kontrak selama dua tahun dengan Silva, yang meninggalkan Fulham minggu lalu selepas lima musim bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemilihan semula Florentino Perez sebagai Presiden Real Madrid pada hujung minggu lalu membuka laluan kepada Mourinho untuk kembali ke ibu negara Sepanyol itu.

Mourinho, 63, pertama kali menyertai Real Madrid pada 2010 dan membimbing pasukan itu selama tiga musim.

Sepanjang tempohnya di Santiago Bernabeu, beliau memenangi satu gelaran La Liga, satu Copa del Rey dan satu Piala Super Sepanyol ketika era persaingan sengit dengan Barcelona yang dibimbing Pep Guardiola.

Pelantikan semula Mourinho, yang sering mencetuskan kontroversi, dilihat sebagai satu pertaruhan oleh Perez selepas Real Madrid menamatkan musim 2025/26 tanpa sebarang trofi utama, sekali gus menjadikannya musim kedua berturut-turut tanpa kejuaraan utama.

Real Madrid sebelum itu turut mengesahkan pemergian jurulatih, Alvaro Arbeloa.

Arbeloa, yang dilantik pada Januari bagi menggantikan Xabi Alonso, mengumumkan bulan lalu bahawa beliau akan meninggalkan jawatannya sebaik sahaja musim berakhir. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: RTM, Unifi TV siar kesemua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026
Next: AS tidak boleh terlalu ‘jujur’ di Piala Dunia – Roldan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.