Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bencana: Penghantaran bekalan makanan melalui udara ke pedalaman
  • TEMPATAN

Bencana: Penghantaran bekalan makanan melalui udara ke pedalaman

Utusan Sarawak 4 months ago
Kapten Christine Long Lalo bersama Kapten James Canero, menjalankan misi penghantaran makanan untuk Kampung Long Liaw. 

MIRI: Perkhidmatan sebuah helikopter diperlukan untuk menghantar bantuan makanan ke kawasan pedalaman Miri yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Galong Luang berkata, perkhidmatan helikopter Airbus EC135 milik Hornbill Skyways diperlukan memandangkan laluan darat ke kawasan yang terjejas khususnya di Daerah Beluru tidak dapat diakses akibat banjir dan tanah runtuh.

“Pada hari ini, kita menghantar makanan ke Long Liaw, salah sebuah penempatan Penan di kawasan Ulu Tinjar. 

“Sebanyak 300 kilogram (kg) iaitu 26 set bekalan makanan akan dihantar pada satu-satu masa,” katanya selepas menyaksikan penghantaran pertama misi tersebut di Hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd, Lapangan Terbang Miri.

Misi penghantaran terebut dikendalikan oleh dua juruterbang Hornbill Skyways, Kapten Christine Long Lalo dan Kapten James Dario Canero.

“Saya Kapten Christine Long Lalo dan bersama-sama Kapten James Canero, kami menjalankan misi penghantaran makanan untuk Kampung Long Liaw. Sebanyak 1,200kg bekalan makanan akan dihantar yang akan mengambil empat hingga lima perjalanan untuk diselesaikan,” kata Christine.

Bekalan makanan yang dihantar adalah untuk kegunaan 432 penduduk Penan di tiga kampung di pedalaman Miri.

Selepas Kampung Long Liaw, penghantaran akan diteruskan ke Kampung Apau Nyaring dan Kampung Long Kerong bagi memastikan semua penduduk yang terjejas menerima bantuan sewajarnya.

Galong yang juga Residen Bahagian Miri merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas usaha memastikan bantuan sampai ke kawasan terjejas.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Amar Setiausaha Kerajaan Sarawak kerana mengatur helikopter Hornbill bagi penghantaran makanan ke kawasan pedalaman terutamanya yang terputus hubungan akibat banjir. 

“Terima kasih juga kepada pihak Hornbill Skyways, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta semua yang terlibat dalam misi ini,” katanya. 

Continue Reading

Previous: Banjir: Rumah panjang Malo seakan ‘pulau’ dikelilingi air hampir sebulan
Next: Dua PPS ditutup hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.