Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bencana: Bomba bersama Angkatan Tentera, Lembaga Sungai Sarawak hantar bantuan makanan
  • SEMASA

Bencana: Bomba bersama Angkatan Tentera, Lembaga Sungai Sarawak hantar bantuan makanan

Utusan Sarawak 3 months ago

Anggota bomba bersama pasukan sokongan menghantar bantuan makanan ke dua rumah panjang di Sungai Sujan, Sebauh, hari ini. Foto ihsan JPBM

SEBAUH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu melaksanakan misi penghantaran bantuan makanan ke Rumah Nompang dan Rumah Buyong di Sungai Sujan hari ini.

Ia bagi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.

Menurut jurucakap JBPM Sarawak, pasukan mengangkut 51 pek makanan dengan berat keseluruhan 816 kilogram akan diagihkan kepada dua rumah panjang yang menempatkan 51 ketua isi rumah (KIR). 

Operasi melibatkan kekuatan logistik sebanyak satu bot dengan empat anggota bomba.

Ia turut mendapat sokongan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Lembaga Sungai Sarawak (LSS) dengan bot masing-masing.

“Semasa operasi, pasukan ATM dan LSS bergerak ke lokasi berasingan,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Cadang bangunan baharu dibina di Hospital Sibu
Next: Mangsa banjir luka kecil perlu rawatan segera, boleh jadi jangkitan serius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.