Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bencana: APM Betong adakan simulasi pemindahan ‘mangsa’ banjir
  • WILAYAH

Bencana: APM Betong adakan simulasi pemindahan ‘mangsa’ banjir

Utusan Sarawak 7 months ago

FOKUS...Pelajar Politeknik Betong mendengar arahan petugas APM pada simulasi PPS Pispa Politeknik Betong di di Tasik Medan Betong.

BETONG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong telah mengadakan simulasi proses pemindahan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pispa Politeknik Betong dekat sini, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata, simulasi ini telah diadakan di Tasik Medan Betong melibatkan seramai 42 peserta dari politeknik berkenaan.

“Objektif simulasi ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang persiapan diri masing-masing dalam menghadapi bencana yang bakal disebabkan oleh Monsun Timur Laut (MTL). 

“Selain itu, pelaksanaan simulasi ini juga bertujuan untuk memastikan anggota (pelajar) ini berada dalam keadaan siap siaga dari segi fizikal dan mental ketika menghadapi situasi bencana,” katanya.

Bagi menjayakan ujian ini, seorang pegawai dan dua anggota lain-lain pangkat APM Betong bertindak sebagai pengendali dengan semua peserta menjalani dua silibus.

Siti Huzaimah berkata pegawai yang bertindak mengendalikan simulasi berkenaan adalah penyelaras PISPA Politeknik Metro Betong iaitu Leftenan Muda (PA) Muhammad Khairul Mukmin.

Simulasi ini telah berjalan lancar dengan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam kalangan pelajar Politeknik Betong sepanjang proses itu.

“Justeru, diharap agar simulasi dapat membantu semua peserta untuk mengendalikan penduduk yang ditempatkan dalam PPS sekiranya berlaku bencana di kawasan ini sepanjang MTL,” katanya.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Ular sembur menyelinap dalam laci almari
Next: Elemen batik ke dalam cheongsam bakal serlahkan gabungan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.