Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bencana alam ragut 40 NYAWA
  • GLOBAL

Bencana alam ragut 40 NYAWA

Utusan Sarawak 5 years ago

HANOI: Banjir dan bencana alam yang dicetuskan hujan lebat di Vietnam setakat ini meragut kira-kira 40 nyawa dan menyebabkan lapan yang lain hilang, kata Jawatankuasa Pemandu Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam pada Khamis.

Menurut laporan Agensi Berita Xinhua pada Rabu jumlah korban yang dilaporkan ialah seramai 36 orang manakala mereka yang cedera pula ialah 12 orang, kebanyakan mangsa dilaporkan di wilayah Quang Tri, Thua Thien Hue dan Quang Nam.

Kebanyakan yang maut disebabkan dihanyutkan arus deras, kata jawatankuasa itu.

Sejak 5 Oktober, hujan lebat melanda beberapa kawasan di tanah tinggi dengan jumlah curahan hujan melebihi 2,000 milimeter. 

Lebih 135,700 rumah ditenggelami dengan 585 daripadanya runtuh atau rosak. Sementara itu banyak sawah padi dan kawasan tanaman lain digenangi air banjir manakala kira-kira 332,350 haiwan ternakan mati atau dihanyutkan.

Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di loji kuasa hidro di tengah wilayah Thua Thien Hue, menyebabkan kira-kira 20 pekerja maut atau hilang, lapor media tempatan. 

Seramai 13 anggota pasukan penyelamat juga dilaporkan terputus hubungan semasa menuju ke lokasi kejadian dan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sehingga 22 September, bencana alam telah menyebabkan 93 orang maut atau hilang  manakala 272 lagi cedera. 

Dalam tempoh sama, bencana itu turut menyebabkan kerugian ekonomi sekitar 5 trilion dong Vietnam (AS$ 217.4 juta), kata jawatankuasa itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: THAILAND isytihar darurat
Next: Bencana alam terus ‘mengganas’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.