BINTULU: Bantuan Bersama Darurat Bintulu (BEMA) adalah untuk memberikan bantuan dan pertolongan yang proaktif antara syarikat anggota sekiranya berlaku kecemasan besar.
Wakil Pengerusi BEMA juga Pengurus Seksyen Kecemasan & Kebakaran Malaysia LNG Sdn Bhd, Zamal Bujang berkata, BEMA menjalankan operasinya secara sukarela untuk membantu.
“BEMA berfungsi untuk secara proaktif mempromosikan gotong-royong dan kerjasama antara anggota sektor swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Bintulu Emergency Mutual Aid (BEMA) bertempat di Kelab Kidurong Bintulu.
Menurutnya, BEMA akan menjalankan operasinya secara sukarela untuk membantu melindungi pekerja dan orang awam dari kecederaan dan bahaya kesihatan.
Ini termasuklah mencegah kehilangan atau kerosakan harta benda dan melindungi alam sekitar.
Sehubungan itu, beliau turut menekankan tindakan yang telah dipersetujui oleh ahli BEMA dalam memastikan kesiap-siagaan ahli dalam menghadapi krisis.
“Mewujudkan pelan tindakan kecemasan untuk memastikan ahli BEMA mempunyai sumber yang mencukupi dan tindakan kecemasan dapat dilakukan secara sistematik dalam menangani semua bentuk kecemasan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Penasihat BEMA Ketua Zon 5, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak, Unjar Lum, berharap ahli BEMA kekal aktif terutama dalam mempromosi keselamatan kebakaran untuk penduduk sekitar.
“Mesyuarat perlu meneliti penyertaan syarikat bukan minyak dan gas terutama di sekitar kawasan kidurong ini kerana Bintulu telah berkembang pesat dan pelbagai industri telah wujud berbanding ketika penubuhan BEMA” katanya.
Pada akhir mesyuarat, sesi penyerahan Tugas Pengerusi BEMA penggal berakhir 2020, Wakil Malaysia LNG Sdn Bhd, En Zamal Bujang kepada Pengerusi bagi penggal 2020-2022 Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Unjar Lum dan seterusnya kepada Timbalan Pengerusi 2020-2020 Wakil PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Sarawak Gas) Syahrizul Fadly, Specialist (Operation Safety).
Oleh Ellie Edward