Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belia disaran ceburi sektor kemahiran teknikal
  • TEMPATAN

Belia disaran ceburi sektor kemahiran teknikal

Utusan Sarawak 8 months ago

PERKASA BELIA...Hasbi (dua, kiri) menyampaikan hadiah keseluruhan pertandingan yang disandang oleh Pejabat Pendidikan Daerah Limbang.  

LIMBANG: Belia Sarawak yang tidak berupaya meneruskan pendidikan akademik ke peringkat lebih tinggi perlu peka dengan keperluan pasaran tenaga kerja masa sekarang yang turut memerlukan kemahiran teknikal dan latihan vokasional.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata  Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang baik pada peringkat tertinggi merupakan buruan kepada sektor industri supaya tidak ketinggalan dalam pasaran kerja.

Karanya, sekarang Sarawak amat memerlukan ramai tenaga kerja tempatan yang memiliki sijil pendidikan TVET.

“Sarawak dan negara kita sedang perkasakan kursus TVET untuk memenuhi pasaran kerja dan saya berharap anak tempatan mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan termasuk di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Peringkat Bahagian Limbang di Dewan Seri Perdana SMK Seri Patiambun di sini.

Selain itu, Ahli Parlimen Limbang itu menjelaskan bahawa Akademi Aeroangkasa yang ditubuhkan di CENTEXS Lundu membolehkan Sarawak terlibat secara langsung dalam pembangunan berkaitan sektor penerbangan dan rantaian nilai industri aeroangkasa.

“Jadi, anak Sarawak perlu menguasai segala kemahiran yang diperlukan untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sarawak daripada aspek kemahiran dan teknologi terkini,” katanya.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Pelbagai acara menarik sempena Regata Sarawak
Next: 12,000 benih ikan siakap dilepaskan di Muara Tebas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.