Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beli pelbagai barangan di Karnival Para SUKMA XXI 
  • TEMPATAN

Beli pelbagai barangan di Karnival Para SUKMA XXI 

Utusan Sarawak 8 months ago

PETRA JAYA: Karnival Para SUKMA XXI Sarawak 2024 menjadi platform membantu usahawan muda menjana pendapatan yang berlangsung di Dataran Perayaan sepanjang 21 hingga 28 September ini. 

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, karnival seumpama ini meningkatkan ekonomi rakyat melalui festival dan aktiviti yang memberi peluang berniaga dan menambah pendapatan isi rumah.

Katanya, karnival ini juga turut memberi peluang kepada agensi, kementerian, dan usahawan untuk berniaga serta mempromosikan tugas dan tanggungjawab kementerian masing-masing.

“Kalau di bawah kementerian kami, ia memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan seperti permohonan untuk mendapat tabung wakaf, permohonan untuk bantuan ibu bersalin dan Kenyalang Gold Card. 

“Jadi, dengan ada karnival ini ia akan memeriahkan lagi temasya Para SUKMA dan dapat memberi maklumat kepada orang awam tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan melalui kementerian-kementerian yang turut serta,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Dataran Perayaan di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Fatimah turut merasmikan karnival tersebut bersama tetamu kehormat lain serta melawat gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai makanan dan minuman serta reruai agensi kerajaan. 

Selain itu, karnival ini turut menyaksikan persembahan nyanyian, tarian dan syair daripada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). 

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal dan Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Jambatan Bintulu-Jepak dibuka untuk kegunaan orang ramai Februari 2025
Next: Anggota tentera maut tertembak pemburu haram di Song

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.