Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Belanjawan: Sarawak sambut baik peruntukan meskipun kurang dari Sabah
  • SEMASA

Belanjawan: Sarawak sambut baik peruntukan meskipun kurang dari Sabah

Utusan Sarawak 7 months ago

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas Sesi Townhall ‘Sarawak Agenda Bersama Premier Sarawak,’ di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak menyambut baik peruntukan RM5.9 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat semalam.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau juga berbesar hati dengan pemberian peruntukan khas untuk pembangunan sektor-sektor penting di Bumi Kenyalang.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meningkatkan peruntukan khas daripada RM300 juta kepada RM600 juta, dan nampaknya peruntukan untuk sektor pendidikan juga ditambah.

“Peruntukan RM5.9 bilion khas untuk Sarawak mungkin kurang berbanding Sabah (RM6.7 bilion), tetapi sekurang-kurangnya kita menerima bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan sektor-sektor penting di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Townhall ‘Sarawak Agenda Bersama Premier Sarawak,’ di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Semalam, Anwar menbentangkan Belanjawan 2025 dengan peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberikan keutamaan, menjadi antara yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion.

Malah, sebanyak RM1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Ekonomi Sarawak bakal dipacu swasta 20 tahun akan datang – Abang Johari
Next: Proses pengambilalihan MASwings dijangka selesai penghujung tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.