Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bekerjasama bantu komuniti memerlukan
  • WILAYAH

Bekerjasama bantu komuniti memerlukan

Utusan Sarawak 2 months ago
SOKONGAN PADU… Hamizan Yahya, Awangku Hafizi Awang Azahari dan yang lain menjayakan Program Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Medan Selera Awada di Simanggang, petang tadi.

SIMANGGANG: Gabungan tenaga antara agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan penting dalam keberhasilan menganjurkan sesebuah program yang memberi impak kepada komuniti.

Wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Hamizan Yahya berkata, kerjasama strategik berkenaan mampu mengukuhkan semangat berpasukan bagi melaksanakan matlamat yang sama.

“Kita mahu lihat perbanyakkan lagi program seperti ini supaya ia memberi impak kepada komuniti melalui gabungan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan, NGO mahupun orang persendirian di Bahagian Sri Aman ini.

“Pihak Pentadbiran Bahagian Sri Aman mengalu-alukan semua pihak untuk berkolaborasi menganjurkan sesuatu program bukan hanya pada Ramadan sahaja, tetapi pada bulan lain juga terutamanya melibatkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Makin banyak agensi, NGO mahupun pertubuhan lain yang bergabung menganjurkan program lagi bagus, tidak lain tidak bukan untuk membantu komuniti kita di Bahagian Sri Aman” katanya semasa merasmikan Program Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Medan Selera Awada, petang tadi.

Sekiranya setiap agensi, NGO mahupun pertubuhan dapat bergabung dalam melaksanakan sesuatu aktiviti seperti ini, maka ia dapat menjimatkan masa serta kos dalam mengendalikan sesuatu program.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Megah Awada, Awangku Hafizi Awang Azahari berkata, pihaknya hari ini berjaya mengagihkan sebanyak 500 bubur lambuk kepada penduduk setempat.

“Program pengagihan bubur lambuk yang dianjurkan pada petang ini adalah merupakan satu program CSR Medan Selera Awada kepada penduduk yang beragama Islam mahupun bukan Islam sebagai juadah berbuka puasa mereka.

“Semoga dengan usaha kita bersedekah pada bulan mulia ini akan mendapat berkat dan keredaan daripada Allah SWT, selain menjadi platform yang bermakna dalam usaha kita untuk melibatkan banyak penyertaan daripada lapisan masyarakat,” ujarnya.

Beliau berharap usaha seperti ini dapat diteruskan lagi pada Ramadan tahun mendatang sebagai salah satu usaha untuk berkongsi rezeki kepada penduduk pada Ramadan.

Turut hadir, Temenggung Mohamad Shah Achang, Pemanca Abang Norin Abang Norudin, wakil pegawai Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan tetamu jemputan lain.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Dua lelaki miliki hasil hutan haram didenda RM25,000
Next: Bintulu Car Boot Sale terima sambutan ‘luar biasa’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.