Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bekerjasama amalkan norma baharu
  • TEMPATAN

Bekerjasama amalkan norma baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Dato Gerawat Gala bersama rombongan bergambar kenangan selepas Majlis Sepakat@Komuniti di Rumah Jimbau Ena, Sungai Gudang Marudi.

MARUDI : Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sarawak Dato Gerawat Gala mengajak rakyat bekerjasama dengan kerajaan, para petugas kesihatan dan para penguatkuasa undang-undang bagi memastikan norma baharu diamalkan bagi memutuskan rantaian  Covid-19.

Katanya setiap individu perlu ada ketegasan dan kesedaran yang tinggi dalam kawalan kendiri dengan mempratikkan semua amalan baharu ini.

“Kita perlu bertindak dan menganggap diri kita sebagai petugas barisan hadapan dan patuh kepada prosedur operasi standard ( SOP ) yang disaran kerajaan dan berwaspada setiap langkah untuk mengelak daripada wujudnya kluster-kluster baharu yang boleh menyebabkan peningkatan kes-kes positif Covid-19,” katanya.

Tegas Gerawat kesedaran kawalan kendiri yang tinggi baik di tempat kerja dan di mana-mana tempat perlu ada dalam diri masing-masing pada setiap masa.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan ( DUN ) Mulu berkata, peningkatan kes dan pertambahan kluster baru-baru ini berpunca daripada ketidakpatuhan rakyat kepada SOP.

Tegasnya tindakan melanggar perintah ini bukan sahaja membahayakan ahli keluarga malah turut mendedahkan masyarakat setempat kepada jangkitan Covid-19 ini.

Beliau berharap rakyat mempratikkan amalan kebiasaan baharu dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Berwaspadalah dan sentiasa patuh dengan arahan pihak berkuasa dalam mengamalkan budaya norma baharu ini,” pesan Gerawat pada  majlis Sepakat@Komuniti, Pembudayaan Norma Baharu, Putuskan Rantaian Covid-19 di Rumah Jimbau Ena, Sungai Gudang di sini malam semalam.

Dalam pada itu Gerawat menggesa semua ketua jabatan, para pemimpin masyarakat dan setiap lapisan masyarakat agar memainkan peranan masing-masing bagi menangani pandemik ini.

Beliau turut mengingatkan komuniti dan semua pihak termasuk ahli-ahli keluarga agar  mematuhi SOP.

“Dengan kerjasama padu dan peranan kepimpinan masyarakat maka kita mampu untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak ini,”tambah Gerawat.

Beliau amat berharap rakyat akan terus membudayakan norma baharu dalam kehidupan mereka dan tanpa kerjasama semua pihak, adalah mustahil untuk kita berjaya menamatkan rantaian jangkitan Covid-19 ini.

“Dengan adanya kesungguhan, komitmen, kesabaran dan ketabahan kita, saya yakin kita boleh memutuskan rantaian penularan wabak tersebut,” kata Gerawat.

Sementara itu pada  majlis yang dihadiri kira-kira lebih 100 orang penduduk sekitar, beberapa sesi ceramah diadakan iaitu Pematuhan SOP dan Penguatkuasaan disampaikan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM ) Marudi dan Pencegahan Covid-19 dan Amalan 3W iaitu ‘Wash, Wear dan Warn’ dan 3C iaitu ‘ Crowded Place, Confined Space dan Closed Conversation’ oleh Pejabat Kesihatan Daerah Marudi.

Turut hadir Tuai Rumah Jimbau Ena, Pegawai Penerangan Daerah Marudi, Zaini Morshidi,  semua ketua jabatan kerajaan, semua ketua masyarakat dan para penceramah jemputan berkaitan pandemik Covid-19.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Jaga adab, elak serangan peribadi – Penguang
Next: 1,100 tukun tiruan ditanam di perairan Sampadi-Tanjung Datu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.