Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bekas pengurus SU IV meninggal dunia
  • SUKAN

Bekas pengurus SU IV meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 years ago
DALAM KENANGAN…Allahyarham Arbi Lai.

DUNIA sukan bola sepak Sarawak kehilangan tokoh yang disegani dengan pemergian Allahyarham Arbi Lai awal pagi semalam.

Pengurus skuad Sarawak United IV 2020 itu meninggal dunia dikediamannya di Miri jam 1.05 pagi (Rabu) akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham yang merupakan Bendahari Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBBM/2009) dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Beluboh, Miri .

Presiden PBBM, Mohd. Saif Jubaidi menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat dunia bola sepak bukan sahaja di Miri malah mencakupi seluruh negeri ini.

“Kita terasa kehilangan Allahyarham. Beliau seorang yang aktif malah antara exco penting dalam PBBM selama ini,” ujar Mohd. Saif.

Mohd. Saif yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga tabah melalui situasi ini. “Saya mewakili dua badan induk (FAS & PBBM) merakam ucapantakziah kepada keluarga Allahyarham,” tegas Mohd. Saif lagi.

Continue Reading

Previous: Fulham kembali ke Liga Perdana
Next: Belum boleh ‘sparring’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.