Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bekalan gas negara mencukupi bagi kegunaan domestik
  • SEMASA

Bekalan gas negara mencukupi bagi kegunaan domestik

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Bekalan gas di Malaysia kekal stabil serta mencukupi buat masa ini dengan sebahagian besar penjanaan elektrik negara disokong oleh sumber domestik, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.

Beliau berkata kerajaan terus memantau perkembangan industri itu dari semasa ke semasa dan mendapati jumlah bekalan gas untuk kegunaan domestik tidak berada di tahap membimbangkan setakat ini.

“Setahu saya, untuk penjanaan elektrik dalam Malaysia 80 peratus (datang dari sumber) domestik… jadi, kita tidak terlalu bergantung pada bekalan luar… buat masa sekarang, memang bekalan cukup dan kita tidak perlu bimbang sangat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Revolutionising Industry with Graphene di sini hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) Azli Mohamed pula berkata tiada kekangan dihadapi dalam industri berdasarkan operasi di seluruh negara dengan bekalan utama daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari Asia Barat… jadi secara dasarnya, sektor industri tidak berdepan dengan masalah dari segi keperluan… kita boleh bekalkan kepada 1,000 lebih pelanggan kita,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata impak dalam industri berkenaan melibatkan elemen lain termasuk kos pengangkutan yang meningkat serta rantaian bekalan antaranya industri getah yang bergantung untuk mendapatkan bekalan bahan dari Korea dan China.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SPRM perkenal aplikasi ‘Maccampus’, perkukuh pendidikan antirasuah
Next: Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun bagi temph 4 hingga 10 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.