Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa kawasan terjejas di Simunjan akibat banjir
  • Selatan
  • WILAYAH

Beberapa kawasan terjejas di Simunjan akibat banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
KEADAAN di PPS Dewan Mesra Simunjan hari ini.

SIMUNJAN: Keadaan banjir di Daerah Simunjan telah menyebabkan beberapa kawasan terjejas, dengan sejumlah penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan.

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir ialah Jalan Tun Openg, Kampung Sungai Raya, Kampung Lintang Hijrah, Kampung Hijrah Fasa 1 dan Fasa 2, Kampung Simunjan Jaya, Kampung Nanas, Kampung Emplas dan Kampung Kelka.

PPS Dewan Mesra Simunjan dibuka pada 7.00 malam pada 28 Januari 2025, untuk menempatkan mangsa yang terjejas.

Seramai 126 mangsa daripada 44 keluarga telah dipindahkan ke pusat tersebut.

Menurut maklumat terkini, terdapat 73 mangsa lelaki dan 53 mangsa wanita, termasuk dewasa, kanak-kanak, bayi, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.

SANTAI… Kanak-kanak mangsa banjir di PPS Dewan Mesra Simunjan, mengisi masa dengan aktiviti mewarna sambil menunggu keadaan pulih.

Jumlah ini mencatatkan 44 rumah yang terjejas, dengan kawasan yang paling banyak terjejas adalah Kampung Simunjan Jaya, yang melibatkan 67 mangsa daripada 23 keluarga.

Antara keluarga yang terjejas, Ketua Isi Rumah (KIR) Omar Bujang dari Jalan Tun Openg telah dipindahkan empat mangsa, manakala KIR Siti Nor Faizah Rezali dari Kampung Sungai Raya bersama tiga ahli keluarga turut dipindahkan.

Keluarga lain yang terjejas termasuk keluarga Yusuf Kamal dari Kampung Lintang Hijrah, serta keluarga Aban Napiri dan Lenny Jawi dari Kampung Hijrah Fasa 2.

Tiada perubahan ketara dilaporkan setakat 1.56 petang, hari ini.
Oleh Amanda L.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPBBB kini beroperasi 24 jam
Next: Jumlah mangsa banjir meningkat di PPS Dewan SMK Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.