Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa kawasan di Beluru terjejas banjir
  • Utara
  • WILAYAH

Beberapa kawasan di Beluru terjejas banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
KAWASAN rumah panjang Sungai Tuyut Tinjar terjejas banjir.

BELURU: Beberapa kawasan rumah panjang di Daerah Beluru hari ini turut terjejas banjir ekoran limpahan air hujan.
Menerusi perkongsian dalam aplikasi WhatsApp, penduduk di kawasan tersebut, Aji Nawek dari kawasan Sungai Tuyut Tinjar Baram mendakwa banjir di kawasan mereka masuk ke 22 hari.

Menurut Aji bilangan penduduk di kawasan seramai 121 orang daripada 21 pintu dan bilangan penduduk semasa banjir ialah seramai 108 orang.

BANJIR… Beberapa pintu Rh Egang Sungai Selepin Bakong ditenggelami air banjir.

Katanya ketinggian air ialah ke paras lima hingga enam kaki dan punca banjir disebabkan limpahan air hujan dan trend air menaik satu kaki dan agak deras.

Tambahnya mereka menggunakan jalan alternatif iaitu menggunakan perahu persendirian untuk bergerak.

Sementara itu TR Egang Sami dari Rh Egang Sungai Selepin bawah Bakong turut melaporkan kawasan rumah panjang mereka turut di tenggelami air hingga ke paras tiga kaki satu inci.

KEADAAN gereja St Philip Sg Selepin dinaiki air akibat hujan berterusan.

Katnya bilangan penduduk semasa banjir ialah 392 orang daripada 85 pintu dan punca banjir disebabkan hujan lebat berterusan semenjak 28 Januari 2025 dan limpahan air dari Sungai Bakong.

Menurut TR Egang paras air menaik enam inci dan cuca masaih mendung dandi khuairi hujan akan turun semula.
Tambahnya jalan masih boleh dilalui dan semua kawasan rumah panjang di naiki air dari hilir sampai ke gereja St. Philip Sg Selepin Bakong.
Oleh JIKU JUGUONG

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Raikan perayaan bersama cerminkan kekukuhan perpaduan
Next: Khidmat khas hantar bekalan makanan sekitar Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.