Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA kesal tindakan vandalisme di tandas awam baharu di Lasar Kenyalang
  • Utara
  • WILAYAH

BDA kesal tindakan vandalisme di tandas awam baharu di Lasar Kenyalang

Utusan Sarawak 7 months ago

Tangkap layar dari rakaman video berdurasi 34 saat yang tular di media sosial, menunjukkan sekumpulan individu bermotosikal dipercayai terlibat dalam perbuatan vandalisme di tandas awam baharu Lasar Kenyalang.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) melahirkan rasa kesal terhadap tindakan sekumpulan lelaki bermotosikal yang terlibat dalam kejadian vandalisme di tandas awam baharu di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu @Lasar Kenyalang.

Semalam, rakaman video berdurasi 34 saat yang memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab merosakkan kemudahan awam tersebut telah tular di media sosial.

Menurut kenyataan BDA, pembinaan tandas awam moden itu merupakan inisiatif Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing, sebagai usaha menyediakan kemudahan yang selesa kepada pengunjung taman tersebut. 

Tandas ini juga menjadi simbol kebanggaan masyarakat Bintulu, kerana konsep dan reka bentuknya adalah hasil kreativiti seorang arkitek tempatan.

BDA kini sedang menyiasat tahap kerosakan yang berlaku dan akan mengambil tindakan segera untuk membaik pulih kemudahan tersebut.

“Kami memohon kepada sesiapa yang mengenali kumpulan itu untuk menyalurkan maklumat kepada pihak kami atau pihak polis agar mereka yang tidak bertanggungjawab ini dapat dikesan dengan segera. 

“Kumpulan motosikal tersebut juga digesa untuk tampil memohon maaf dan bertanggungjawab atas perbuatan mereka,” menurut kenyataan itu.

Continue Reading

Previous: Paras air di dua sekolah di Limbang naik
Next: UNIFOR salur RM1.26 juta, bantu enam gereja di Bario sejak 2017

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.