Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Marudi pantau lapan kawasan masih ditenggelami air
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Marudi pantau lapan kawasan masih ditenggelami air

Utusan Sarawak 7 months ago

MARUDI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi menjalankan pemantauan ke kawasan yang terjejas banjir di pekan dan kawasan sekitar Marudi, hari ini.

Pemantauan tersebut diketuai Pemangku Penyelia PBKII Jamal Mohd Yusof dengan tiga anggota bomba yang lain.

Lokasi yang dipantau ialah Pasar / Waterfront Marudi, Kampung Cina, Kampung Dagang, Kampung Baru, Kampung Narum, Jalan Ridan, Pangkalan Feri dan Kampung Padang Kerbau.

Sepanjang pemantauan di kawasan yang terjejas banjir dijalankan didapati paras air sungai semakin naik, sesetengah tempat mencatatkan kedalaman air dari paras 1 sehingga ke 2 kaki walaupun begitu keadaan masih terkawal.

Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, PPgB Maureen Sim Ah Lian menasihati orang ramai supaya mengambil langkah-langkah keselamatan diri dan keluarga agar lebih berhati-hati.

Beliau turut menasihati pemandu-pemandu kenderaan terutama dari arah laluan utama pangkalan feri dan laluan uatama di Marudi agar memandu dalam keadaan berhati-hati dan menjaga keselamatan serta memandu dengan perlahan ketika melimpas rumah-rumah penduduk setempat yang telah terjejas air banjir.

Beliau juga menasihatkan Penduduk kampung dan masyarakat Marudi  supaya membuat laporan atau menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Marudi sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

Dalam pada itu sehingga tengahari ini kenderaan kecil masih dapat melalui jalan Ridan ke Pangakalan Feri.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang sumbang katil pesakit boleh laras kepada pesakit terlantar
Next: Banjir kilat landa Rh Adam Ongie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.