Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor pantau kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor pantau kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
PANTAU… Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di tebingan sungai Batang Rajang. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir sekitar tebingan sungai Batang Rajang malam tadi.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, semasa pemantauan tersebut, didapati keadaan paras air adalah terkawal.

“Air sedang pasang, namun cuaca baik dan tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang rondaan pemantauan dijalankan.

“Kami (bomba) melakukan pemantauan berkala bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar kawasan rendah berisiko banjir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, rondaan pemantauan yang dijalankan bermula 10.08 malam hingga 10.35 malam itu melibatkan lima anggota bomba.

Mahmudin turut menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca terkini, terutama dalam tempoh musim monsun timur laut (MTL).

Katanya, BBP Bintangor akan terus menjalankan pemantauan berkala bagi memastikan keselamatan penduduk dan mengambil langkah segera sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pastikan tahap kecergasan fizikal, mental pada tahap baik
Next: Dua kawasan rendah berisiko banjir dipantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.