Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Batu Niah terima sumbangan sempena Hari Bomba Sedunia
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Batu Niah terima sumbangan sempena Hari Bomba Sedunia

Utusan Sarawak 15 hours ago
TERIMA KASIH… Kaunselor Chong Tet Fat (empat kiri) menyerahkan sumbangan kepada Ketua Balai Bomba, PBT II Nasir Drahman di Balai Bomba Batu Niah semalam.

BATU NIAH: Sempena sambutan Hari Bomba Sedunia, Pertubuhan Penganut Buddha Batu Niah tampil menzahirkan penghargaan kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dengan menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian dalam satu kunjungan khas semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi pertubuhan Kaunselor Chong Tet Fat kepada Ketua Balai Bomba, PBT II Nasir Drahman.

Menurut Chong, anggota bomba memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan masyarakat dan sentiasa bersedia berhadapan dengan pelbagai risiko termasuk kebakaran serta situasi kecemasan lain.

“Keberanian dan komitmen mereka dalam melindungi nyawa serta harta benda awam amat dihargai dan wajar dijadikan contoh.

“Penganjuran program bersempena Hari Bomba Sedunia ini bukan sahaja sebagai tanda penghormatan kepada barisan hadapan, malah bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jasa dan pengorbanan anggota bomba,” katanya.

Dalam masa sama, program tersebut turut mengeratkan hubungan antara pertubuhan masyarakat dan agensi kerajaan melalui sesi interaksi ringkas yang berlangsung dalam suasana mesra.

Pertubuhan Penganut Buddha Batu Niah menegaskan komitmen untuk terus melaksanakan aktiviti kebajikan dan amal pada masa akan datang sebagai usaha menyumbang kepada kesejahteraan komuniti serta menyebarkan nilai positif dalam masyarakat, tambahnya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MBKS perkukuh kerjasama dengan komuniti penjaja
Next: Program Pra-Gawai dekati komuniti Sungai Selidap dan Tanah Putih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.