Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Batu Niah agih 400 bungkus bubur lambuk
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Batu Niah agih 400 bungkus bubur lambuk

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH… PBT II Rary Binjie bersama ahli Persatuan Bomba Sukarela Pekan Batu Niah mengagihkan bubur lambuk kepada komuniti setempat di hadapan BBP Batu Niah petang Khamis lalu.

BATU NIAH : Anggota bomba bukan hanya ringan tangan hulur bantuan dan tenaga, malah mereka turut ringan hati kongsikan rezeki dengan mengagihkan bubur lambuk pada Ramadan yang mulia ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah PBT II Rary Binjie berkata satu program pengagihan bubur lambuk anjuran Surau Al-Iklas BBP Batu Niah telah diadakan pada Khamis lalu.

Katanya, program tersebut diadakan sempena Ramadan 1446H dan sebanyak 400 bungkus bubur lambuk berjaya diagihkan.

PROGRAM pengagihan bubur lambuk telah dijayakan oleh semua anggota BBP Batu Niah yang berbilang bangsa dan kaum dengan tenaga bergotong-royong menyediakan bahan dan memasak bubur lambuk.

“Tujuan pengagihan bubur lambuk tersebut ialah sebagai perkongsian rezeki dengan komuniti setempat.

“Program ini telah dijayakan oleh semua anggota BBP Batu Niah yang berbilang bangsa dan kaum dengan tenaga bergotong-royong menyediakan bahan dan memasak bubur lambuk,” jelasnya.

Tambahnya, terdapat lima lokasi pengagihan bubur lambuk iaitu di hadapan BBP Batu Niah, Klinik Kesihatan Batu Niah, Balai Polis Batu Niah, Bazar Ramadan Batu dan Frandy Restaurant Batu Niah.

Pengagihan bubur lambuk bermula 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Turut bersama dalam program ini ialah Persatuan Bomba Sukarela Pekan Batu Niah dan pemimpin masyarakat kawasan Batu Niah.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei pantau dua kawasan rendah
Next: Komited bantu masyarakat setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.