Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bazar Ramadan saksi semangat muhibah
  • WILAYAH

Bazar Ramadan saksi semangat muhibah

Utusan Sarawak 3 months ago
MESRA… Dayang Noorazah Awang Sohor berinteraksi dengan peniaga dan orang ramai di Simanggang Ramadan Fest, petang semalam.
-Foto kredit ADUN Lingga

SIMANGGANG: Bazar Ramadan merupakan lambang keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Beliau berkata, bazar Ramadan bukan sahaja tempat untuk masyarakat Islam mencari rezeki dan mendapatkan juadah berbuka puasa, malah turut menjadi lokasi persinggahan masyarakat bukan Islam.

Menurutnya, walaupun bazar Ramadan sudah sinonim dengan masyarakat Islam mencari rezeki, namun ia kini menjadi tempat masyarakat berbilang kaum dan agama bersama-sama merasai suasana sambutan bulan mulia ini.

“Suasana sebeginilah yang kita mahu lihat, keharmonian rakyat berbilang tanpa mengira musim perayaan yang mana kita bersama-sama membantu antara satu sama lain,” katanya semasa merasmikan Simanggang Ramadan Fest yang dianjurkan oleh Biro Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, petang semalam.

Pada masa sama, bazar Ramadan merupakan usaha kerajaan dalam menyediakan peluang perniagaan kepada masyarakat setempat untuk menambah pendapatan mereka.

PELANCARAN BERMULA… Dayang Noorazah Awang Sohor dan yang lain menyempurnakan gimik perasmian Simanggang Ramadan Fest, petang semalam. -Foto kredit ADUN Lingga

Dalam pada itu, beliau menggesa semua pihak dan peniaga menjaga kebersihan persekitaran di bazar Ramadan.

Jelasnya, para peniaga di bazar Ramadan harus memastikan kualiti bahan makanan dan minuman yang dijual terpelihara dan jaga daripada segala aspek, khususnya kebersihan.

Dalam majlis sama, turut diadakan pengagihan bubur lambuk sebanyak 1,000 bungkus kepada penduduk yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Lingga.

Turut hadir, Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, wakil Pegawai Daerah Lingga, Nurshazani Fadli Salihin, Temenggung Mohamad Shah Achang, Temenggung Kueh Aik Seng, Pemanca Abang Norin Abang Norudin, Penghulu Rosli Ana dan wakil SABERKAS Cawangan Lingga, Jalalluddin Mohamad.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: 516 penerima bantuan kebajikan terima sumbangan sempena Aidilfitri
Next: RM3,000 menanti pemenang Pertandingan Pintu Gerbang 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.