Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bayi maut, 3 cedera dalam kemalangan
  • KEMALANGAN

Bayi maut, 3 cedera dalam kemalangan

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Pemandu dan dua lagi penumpang cedera manakala bayi perempuan berusia beberapa minggu maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori di Kilometer 13 Jalan Bau-Lundu di sini, semalam.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar 1.00 tengah hari, pemandu Proton Saga berusia 48 tahun bersama dua penumpang  lain mengalami kecederaan dan bayi meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bau, ASP Jugah Aleng berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika kereta dipandu pemandu warga tempatan melanggar lori yang diletakkan di bahu jalan.

Beliau berkata, kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Lundu menghala ke Bau merempuh lori berkenaan yang dipercayai sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan di sepanjang jalan tersebut.

“Jarak yang dekat menyebabkan pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu merempuh lori berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu cedera di bahagian tangan dan kaki serta mengalami pendarahan di bahagian perut manakala mangsa lain di bahagian kepala. Bayi tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan dalaman,” jelasnya.

Pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan melarikan diri.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bau manakala mayat bayi dibawa ke rumah mayat hospital tersebut untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Jangan lakukan pembakaran terbuka – Bomba
Next: Dua remaja lelaki dikhuatiri hilang ditemui lemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.