Bayi lahir dalam bot ekspres

Facebook
WhatsApp
SELAMAT DILAHIRKAN… Bayi perempuan yang selamat dilahirkan di dalam bot ekspres dibawa ke Hospital Sibu untu

SIBU: Bayi perempuan selamat dilahirkan dalam bot ekspres ketika dalam perjalanan ke Sibu, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.00 pagi semalam, wanita berkenaan yang sarat mengandung dikatakan menaiki bot ekspres bersendirian dari Daro menuju ke Sibu.

Ketika dalam perjalanan, ibu yang berusia 30-an itu mengadu sakit perut hendak bersalin.

Bayi berkenaan selamat dilahirkan di dalam bot ekspres berkenaan dengan dibantu oleh salah seorang penumpang wanita lain.

Bot ekspres yang membawa kira-kira 30 penumpang itu tiba di Sibu kira-kira 8.30 pagi.

Bayi perempuan bersama ibunya kemudian dibawa ke Hospital Sibu oleh pihak ambulans yang sedia menunggu di jeti bot ekspres Daro di sini.

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan