Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam bagasi
  • JENAYAH

Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam bagasi

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam sebuah bagasi di tepi jalan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 11.45 pagi berhubung penemuan sebuah bagasi yang berbau busuk di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan tersebut.

“Sepasukan polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9). Sebuah bagasi berwarna biru ditemui di lokasi, mengandungi mayat seorang lelaki tanpa sebarang pengenalan diri.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat yang dijangka dijalankan esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat ASP Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Seorang lagi Datuk ditahan kes rasuah projek RM250 juta di Sarawak
Next: Mayat lelaki dalam bagasi disyaki warga asing – polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.