Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Batik Air lancar perkhidmatan terus Kuala Lumpur-Shanghai, pacu hubungan dengan China
  • BISNES

Batik Air lancar perkhidmatan terus Kuala Lumpur-Shanghai, pacu hubungan dengan China

Utusan Sarawak 7 hours ago
BATIK Air perkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan Asia Pasifik.

KUALA LUMPUR: Batik Air melancarkan perkhidmatan terus baharunya antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali gus mengukuhkan lagi kehadirannya di China. 

Menurut syarikat penerbangan itu, penerbangan sulung bagi laluan itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 23 Jun 2026 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai pada pukul 1.20 pagi keesokan harinya, manakala penerbangan balik tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.50 pagi pada 24 Jun 2026.

“Langkah memperkenalkan perkhidmatan Shanghai-Kuala Lumpur berlaku pada waktu yang sesuai iaitu ketika Malaysia meningkatkan usaha bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

“Inisiatif pelancongan negara menyasarkan ketibaan 43 juta pelancong pada 2026, dengan China kekal sebagai salah satu daripada sumber pasaran utama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy berkata laluan baharu itu bukan sekadar mempertingkatkan kesalinghubungan udara, malah berfungsi sebagai pemangkin kepada pertukaran ekonomi, pelancongan dan kebudayaan yang lebih kukuh antara Malaysia serta China. 

“Shanghai merupakan salah satu bandar paling dinamik dan berpengaruh di China, dan kami gembira untuk mengalu-alukan pelancongan dari pasaran penting ini ke Malaysia.

“Pelancaran perkhidmatan ini memperkukuhkan hubungan jangka panjang antara Malaysia dan China, sambil mewujudkan peluang yang lebih baik bagi pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,” katanya. 

Chandran berkata laluan itu akan memainkan peranan penting dalam mempamerkan kepelbagaian pelancongan yang ditawarkan Malaysia bersempena dengan TMM2026, malah pelancong juga berpeluang berhubung dengan destinasi di seluruh negara menerusi rangkaian domestik Batik Air. 

“Kami kekal komited untuk menyokong aspirasi pelancongan Malaysia di samping menyediakan pilihan pelancongan yang selesa dan lancar bagi penumpang yang melancong antara China dan Malaysia,” katanya. 

Menurut Batik Air, pelancaran laluan Shanghai-Kuala Lumpur mengukuhkan lagi komitmennya untuk mengembangkan kesalinghubungan serantau dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk penerbangan utama dalam rantau Asia Pasifik. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih RM4 bilion dana bantuan PKS masih tersedia di bawah SME SRF – Akmal Nasrullah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.