Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bas pintar percuma beri manfaat untuk ke Hospital Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Bas pintar percuma beri manfaat untuk ke Hospital Miri

Utusan Sarawak 7 months ago

BERI MANFAAT... Perkhidmatan Bas Pintar Percuma Bandar Raya Miri memberi manfaat kepada orang awam.

MIRI: Perkhidmatan bas pintar percuma bandar raya Miri Bas yang memilih Hospital Miri sebagai salah satu laluan utama memberi manfaat kepada orang awam yang berurusan di situ.

Hospital Miri menerusi satu kenyataan berkata orang ramai boleh ke Hospital Miri dengan menaiki bas ini bermula dari stesen bas di Wisma Pelita Tunku. 

“Perjalanan bas ini meliputi lapan laluan utama termasuk Hospital Miri. 

“Ini pastinya akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada ramai pihak termasuk kakitangan Hospital Miri, pesakit, keluarga pesakit, penjaga dan pelawat yang berurusan di Hospital Miri,” katanya. 

Hospital Miri berada di Laluan 33 yang mempunyai sebuah bas dengan tujuh perjalanan sehari. 

Perjalanan pertama akan bergerak seawal jam 6:00 pagi dan diakhiri perjalanan ketujuh pada jam 5:15 petang. 

“Semoga dengan ada kemudahan pengangkutan awam serba moden yang percuma ini dapat meringankan beban rakyat dan memberi manfaat kepada komuniti di Miri,” katanya.

Perkhidmatan bas percuma yang disokong oleh kerajaam Sarawak di bawah Program Bas Pintar Percuma Bandar raya Miri. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melancarkan Perkhidmatan Bas Pintar Percuma Bandar Raya Miri di Terminal Bas Sentral Miri petang ini.

Continue Reading

Previous: Bekalan air di Beluru, Bekenu, Niah, Subis ditambah baik
Next: Hospital Bintulu perlu darah jenis 0 dengan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.