Bapa naik skuter lipat elektrik jemput anak sekolah curi perhatian

Facebook
WhatsApp
AKSI bapa mencuri tumpuan apabila dilihat menjemput anaknya pulang dari sekolah dengan menggunakan skuter lipat (folding electric scooter), mencetuskan senyuman dalam kalangan guru dan ibu bapa lain yang turut berada di pekarangan sekolah. Foto: Shikin Mahmud

KUCHING: Aksi seorang bapa menjemput anaknya pulang dari sekolah dengan menunggang skuter lipat elektrik di tepi jalan mencuri tumpuan pengguna jalan raya apabila kelibat mereka dirakam sedang meluncur berdua di bawah cuaca panas tengah hari.

Kedua-dua mereka berpakaian seragam putih dipercayai pulang dari sekolah sambil anaknya berdiri di hadapan bapanya atas papan skuter yang sama.

Detik ringkas itu jelas menggambarkan keakraban dan usaha seorang bapa yang memilih cara ringkas tetapi mesra alam untuk mengambil anaknya dari sekolah.

Skuter lipat elektrik atau folding electric scooter semakin popular dalam kalangan masyarakat bandar sebagai pengangkutan alternatif yang mudah terutamanya bagi jarak dekat.

Namun, aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang tetap menjadi keutamaan ketika menunggang di jalan raya terbuka.

Oleh Shikin Mahmud

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan